Saturday, 10 December 2011
untuk tatapan diri sendiri, kwn2 lama dan kawn2 baru, housemateku, clazmateku, rumateku (maaf gambar tidak boleh disiarkan) dan yang sewaktu dengannya.... :D
with mun kt dalam gua kelam class trip uitm arau
kayak...kayak....kayak....kerek's
with nad yang suka ketawa n joking around^-^
with haiza *senyum je kejenya*hehe
wahhh...dak2 claz Dais 3rd batch
girlfrenz..
boyfrenz...
singgah jap kt ladang tebu coz viewnye mmg cantik!
my bestfrenz ever!
ustazah kita, alhamdulillah...
1 Malaysia [karisma]
~my birthday party~
*with bufday boy - faqir n kengkawan*
<my classmate, cerianya... :>
jimba, jimba, jimba...
---wayang time---
kami mmg sempat je bergambar kt memana^o^
ina tengah berentap dgn dila (chaiyok2!!)
holiday at terengganu with my sibling
~time praktikal kt stor pandan~
cm de ciri-ciri jd kontraktor x?hehe(",)
Friday, 9 December 2011
nad...hope ko puas hati ngn entry masakan ni eh...ehehehe.. :>
Siakap Steam
Bahan - bahan :
1 ekor ikan siakap dibuang sisik dan isi perut
Pepper
1.5 halia dipotong halus
1 biji bawang besar dipotong bulat
6 ulas bawang putih
3 sudu besar kicap cair
Daun bawang dipotong panjang sedikit
Garam
6/7 sudu besar air (for kuah) unless klu nak berkuah, bubuh lebih sikit dan kicap lebih sikit
4/5 asam bulat @ asam jawa
Cara Penyediaan :
Masak air dalam periuk kukus. Letakkan ikan yang dibubuh garam dan pepper dalam pinggan besar. Tuang kicap cair dan air. Letak halia atas ikan. Tabur bawang besar. Letak asam keliling ikan. Tabur daun bawang. Sementara itu, tuang 2/3 sudu minyak dalam kuali dan goreng bawang putih. Kemudian tuang bawang putih tadi dengan minyak yang panas atas ikan. Kemudian letakkan dalam periuk kukus dan tutup. Kalau air tak masak lagi, biarkan ikan itu dikukus selama 45 minit. Kalau air itu sudah mendidih sebelum ikan diletakkan, ikan itu hanya dikukus selama 30 minit sahaja.
Telur Bungkus
Bahan - bahan :
5 biji telur
200 gm daging lembu - dicincang
200 gm sayur campur - kacang pis, jagung dan lobak merah
3 ulas bawang putih - dicincang
1 biji bawang besar - dipotong dadu
1 cm halia - dicincang
1 sudu besar rempah ikan
2 sudu besar sup tomato
Sedikit garam
Cara Penyediaan :
Tumis bawang putih, halia hingga wangi kemudian masukkan bawang besar. Biarkan bawang besar layu dan masukkan rempah kari dan daging cincang. Kemudian tambahkan sup tomato, garam dan perasa. Akhir sekali masukkan sayuran campur. Biarkan sebentar hinggan semuanya masak dan bolehlah diangkat. Pukul telur hingga kembang. Panaskan kuali dan goreng seperti membuat telur dadar. Apabila telur setengah masak, letakkan intinya ditengah-tengah dan lipatkan telurnya supaya intinya tidak terkeluar. Ulangi langkah yang sama sehingga adunan telur habis.
Kerutub Ayam
Bahan - bahan :
1 ekor ayam - bersihkan, buang kulit & potong kulit
2 sudu makan rempah kari - bancuh dengan sedikit air
2 sudu besar rempah kurma - bancuh dengan sedikit air
2 cawan santan
1 sudu makan gula merah
1 sudu makan kerisik
3 sudu makan minyak masak
Bahan kisar :
100 gm bawang merah digoreng
2 biji buah keras
2 cm halia
2 cm lengkuas
3 batang serai
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Cara Penyediaan :
Tumiskan bahan yang dikisar sehingga garing. Masukkan rempah dan gaul sehingga mesra. Masukkan ayam, kerisik, garam, gula dan santan. Biarkan sehingga mereneh. Masak sehingga ayam menjadi lembut dan kuah menjadi pekat. Dan kacau sekali sekala. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.
Ayam masak Tomato
Bahan - bahan :
1 ekor ayam
30 tangkai cili kering
5 ulas bawang putih
2 bawang besar hiris bulat-bulat
2 biji buah tomato
1 cawan tomato sos
1 sudu makan gula
5 cm halia
1 bunga lawang
2 cm kulit kayu manis
1/2 cawan minyak masak
2 cawan santan pekat
2 cawan kacang pis
3 cengkih
2 sudu serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak
Cara Penyediaan :
Bersihkan ayam dan potong kecil. Toskan dan gaulkan dengan serbuk kunyit dan garam. Panaskan minyak untuk goreng ayam sehingga garing. Tumbuk/kisar cili kering sehingga halus. Tumbuk kasar bawang merah dan halia. Panaskan minyak masak dan tumis bahan-bahan yang dikisar/tumbuk bersama-sama dengan bunga cengkih dan bunga lawang. Masukkan santan dan masak sehingga mereneh. Masukkan tomato sos, gula, garam dan kulit kayu manis. Kacau selalu. Masukkan ayam yang telah digoreng, gaul rata dan biarkan mereneh selama 5 minit. Masukkan bawang besar, tomato dan kacang pis.
Balik-balikkan ayam sehingga sebati dengan kuah merah. Tutup api. Hidangkan dengan nasi.
Kari Ayam dengan Daun Kemangi
Bahan - bahan :
Bahan 1 :
1/2 ekor ayam, potong 10 bahagian
2 batang daun bawang, potong 1 cm
2 genggam daun kemangi
3 tangkai lada hijau, hiris halus
10 tangkai cili padi
1/2 labu bawang bombay, potong dadu kecil
2 batang serai, ambil putihnya, ketuk
2 helai daun salam
5 helai daun limau
400 ml santan pekat
Bahan 2 (kisar) :
4 ulas bawang putih
4 tangkai lada merah
5 cm kunyit hidup
3 cm halia
1 sudu teh biji ketumbar
2 tangkai lada merah
4 sudu makan minyak masak
Cara penyediaan :
Masukkan bahan 1 dalam periuk. Ketepikan. Tumis bahan 2 hingga naik bau, kemudian masukkan bahan 1 ke dalam periuk, didihkan, tutup rapat dan biarkan sehingga masak selama 1 jam. Angkat dan hidangkan.
Ikan masak Tiga Rasa
Bahan - bahan :
1 ekor ikan kerapu
Cili padi dihiris kasar
1 biji bawang besar - dipotong bulat
3 biji bawang kecil - dirajang
2 ulas bawang putih - dirajang
Sedikit oyster sauce, fish sauce
Sedikit minyak bijan
1 senduk kecil lemon paste
Sedikit daun ketumbar @ daun pudina
Sedikit tepung jagung
Air dan garam secukupnya
Cara Penyediaan :
Ikan dibersihkan, kemudian dilumurkan dengan garam dan digoreng setengah garing dan diangkat. Tumis bawang putig, bawang kecil, cili padi dan bawang besar sehingga layu dengan minyak bekas ikan tadi dan sedikit minyak bijan. Setelah layu, masukkan sedikit fish sauce, oyster sauce dan lemon paste, dikacau rata dan masukkan sedikit air (jika ingin lebih berkuah, lebihkan air). Setelah mendidih, tuangkan campuran tepung jagung dan air dan kacau hingga pekat. Masukkan daun ketumbar @ daun pudina dan segera diangkat. Tuangkan kuah keatas ikan yang telah digoreng tadi dan sedia dihidangka ketika panas.
Ha.....ni utk kwn2 yg request nk resipi ni...pada nad, selamat mencuba dan semoga berjaya!!! (",)
okay....ni dia entry baru dr Mieza...tips2 nak jaga kucing ye kwn2... :)
klu kucing itu adalah kucing liar, cara kucing itu menyesuaikan diri terhadap persekitaran adalah dengan cara memburu untuk mendapatkan makanan, mendapatkan keselamatan dengan memanjat pokok serta melindungi diri. Bila kucing ni berada di rumah, kucing perlukan persekitaran yang harmoni.
kucing yg suka mengasingkan diri, atau takut berada dekat dgn manusia perlu diberi ruang untuk bersendirian kerana mereka masih tidak familiar dgn kita lg. Memang setiap org yg suka kucing akan semulajadinya ingin memegang dan membelai kucing, tp kebanyakan kucing sgt berhati-hati secara semulajadinya. sbb mereka ni sebenarnya sgt sensitif dgn persekitaran. Actually kucing ni memerlukan seminggu @ sebulan utk terima perubahan persekitaran atau at least kucing-kucing ni da x rasa takut lg.
kadang-kadang kita ni suka nk pegang-pegang n main-main dgn kucing, padahal kucing x bape suka sebenarnya. sebenarnya kucing ni suka berehat n duduk bersendirian. kucing x suka sebenarnya klu kite asyik nk berkepit dgn dia, sbb ada mase nnt dia akan belai diri sendiri n termenung je....nak tdo la tu...hahaha...nak privacy utk diri sendiri la ckit katakan....hehehe....
Jom...mari kite tgk wajah2 kucing yg comel2 ni...ehehe... ;)
kucing yg suka mengasingkan diri, atau takut berada dekat dgn manusia perlu diberi ruang untuk bersendirian kerana mereka masih tidak familiar dgn kita lg. Memang setiap org yg suka kucing akan semulajadinya ingin memegang dan membelai kucing, tp kebanyakan kucing sgt berhati-hati secara semulajadinya. sbb mereka ni sebenarnya sgt sensitif dgn persekitaran. Actually kucing ni memerlukan seminggu @ sebulan utk terima perubahan persekitaran atau at least kucing-kucing ni da x rasa takut lg.
kadang-kadang kita ni suka nk pegang-pegang n main-main dgn kucing, padahal kucing x bape suka sebenarnya. sebenarnya kucing ni suka berehat n duduk bersendirian. kucing x suka sebenarnya klu kite asyik nk berkepit dgn dia, sbb ada mase nnt dia akan belai diri sendiri n termenung je....nak tdo la tu...hahaha...nak privacy utk diri sendiri la ckit katakan....hehehe....
Jom...mari kite tgk wajah2 kucing yg comel2 ni...ehehe... ;)
Monday, 5 December 2011
assignment...oh...assignment...
waduhhh....banyak giler assingment kne wat nih...mane satu nk start pn xtau..huhuhu...housemate semua pon bz manjang.lagi2 si zue ngn membe2 die tu.pagi ptg siang mlm sebok buat asignment. aku???bile lg??huhuhu...nnt la jap...hahaha....
ha....nk bgtau korg satu benda nih, pegi la tgk cite ombak rindu yg tgh tayang skrg ni.best n mmg sgt best!!sampai meleleh air mate...perghhh....best sampai xleh ckp, klu cerita kt sini, xbest la, better gi sendiri tgk. mmg xrugi duit korg tgk cite ni. kteorg tgk movie midnight n yg bestnye tiggal seat second row dr dpn screen..!!penuh x penuh la panggung tu. n bile masuk je, mmg full 1 panggung. hebatnye penangan ombak rindu yg dilakonkan oleh haris-aaron aziz, izzah-maya karin, lisa-mila, bront palarae-mail, n pelakon2 lain...tempatnye sekitar langkawi..n korg mesti rase teruja nk gi sane bile tgk cite ni.hehehe....tempatnye mmg cantik n menarik..!! tgk jgn x tgk..nnt anda juga yg rugi.....hehehe
Subscribe to:
Comments (Atom)



















